Anonymous

6 tahun

Diabetes With Kidney problem

Salam. Ayah menghidapi kencing manis sejak 26 tahun lalu. Sekarang beliau berumur 57 tahun. Baru-baru ini doktor mengesahkan ayah menghidapi penyakit buah pinggang tahap 5. Menunggu appointment seterusnya pada bulan 9 ini untuk meneruskan keputusan sama ada mahu dialisis ataupun tidak. Bolehkah penyakit buah pinggang (CKD) ini reverse ? Saya cuba memberikan beliau makanan yang sepatutnya pesakit buah pinggang amalkan tetapi hanya dengan merujuk pada internet tanpa sumber yang boleh dipercayai kerana doktor tersebut tidak mamberikan panduan pemakanan bagi ayah. Saya berharap doktor boleh mengesyorkan pakar perubatan yang mampu membantu ayah saya. Sekarang saya mengawal gula ayah dengan makanan malah mengurangkan pengambilan ubat kencing manis daripada 2 kali sehari kepada sekali sehari. Harap ayah tidak perlu melalui dialisis. Tolong bantu doktor.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Stage 5 adalah kidney failure yang mana ini bermaksud perbandingan fungsi buah pinggang ayah anda adalah kurang 15% berbanding orang normal.

Untuk pengetahuan anda, selain daripada buang air besar, buang air kecil adalah satu jenis perkumuhan yang mana buah pinggang berfungsi sebagai organ perkumuhan bagi air kencing. Buah pinggang berfungsi untuk menapis kotoran-kotoran dalam darah, meregulasi tekanan darah, mengimbangkan elektrolit badan (contohnya Potassium K+ daripada pisang) serta memproduksi hormon untuk membentuk sel darah merah. Buah pinggang bekerja dengan menapis darah yang kotor dan mengeluarkan kotoran melalui air kencing.

Pada kondisi fungsi buah pinggang telah gagal sama sekali, hal-hal yang akan terjadi adalah:

  • Kotoran dalam tubuh berkumpul menjadi toksik
  • Penat kerana sel darah mulai berkurang
  • Air dalam badan berkumpul kerana tidak dapat dibuang
  • Sesak nafas kerana air banyak
  • Sawan kerana toksik yang pergi ke otak
  • Rentan terkena jangkitan
  • Kematian

Justeru, dialysis perlu dilakukan untuk mengeluarkan sisa-sisa toksik hasil metabolism tubuh badan manusia sebelum sisa-sisa tersebut berkumpul dan meracuni sel-sel tubuh yang lain. Selain dialysis anda boleh memilih untuk melakukan transplan buah pinggang namun risiko prosedur ini lebih besar berbanding dialysis. Sebaiknya anda berbincang dengan doktor dan ayah anda teknik perawatan terbaik yang sesuai dengan gaya hidup ayah anda.

Merujuk kepada makanan, sebaiknya anda merujuk dengan nutritionist yang ada di hospital untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pantang larang pemakanan pesakit dengan kidney failure. Kunci utama adalah untuk mengelakkan makanan yang mengandungi mineral (potassium, K atau Phosphorus, P dan lain-lain) tinggi seperti makanan terproses yaitu makanan dalam tin, makanan tinggi garam dan makanan segera. Sebaiknya juga adalah mengamalkan diet seimbang yang makanan yang terdiri atas semua kelas makanan dalam kuantiti yang sesuai.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

naomi-august-aLnqDp3B3YU-unsplash-2

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)