
manabdrahman214
2 tahun
Diabetic masaalah ubat
Sy pesakit diabetic ambil insulin Insugen 30/70 sejak 5 thn lepas dgn metformin 500mg .Minggu lepas pemeriksaan doktor saluran darah ke jantung ada minor 3 block. Doktor minta sy hentikan insulin diganti dgn ubat XIGDUO 10 mg / 1000mg .sudah 4 hari sy gunakan ubat ini ( tak guna insulin & metformin) bacaan gula max 17 min turun 10 .apa pendapat doktor yg boleh disyorkan pd sy .Kalau boleh sy x mau pakai insulin. Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penggunaan ubat diabetes memerlukan perbincangan rapi antara doktor pakar dan sebab penukaran dilakukan. Anda perlu berbincang dengan doktor anda sekiranya anda mahu mengubah ubat yang diambil kerana mereka lebih mengetahui sejarah kesihatan anda dan rawatan berseusuaian untuk mengimbangi risiko diabetes dan sakit jantung. Sekian.