
Sulit
4 tahun
Dialysis secara lain
Hello doctor.bapa mentua saya sebelum in ada buat dialysis.tetapi sekarang urat tangan sebelah kiri dan Kanan yeah mati.sekarang doctor cakap Kena buat lubang di bahagian petit.so doctor selain daripada buat lubang di perut adalah cara lain until melanjutkan dialisis secara lain.atau urat yang telah mati boleh buat until berfungsi semula.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat dua jenis dialysis iaitu, hemodialysis dan peritoneal dialysis. Hemodialysis adalah prosedur yang menggunakan salur darah yang berada di lengan untuk membersihkan darah apabila buah pinggang tidak berfungsi.
Peritoneal dialysis pula adalah prosedur dialysis melalui abdomen dan akan digunakan jika tidak dapat menggunakan saluran darah pada lengan ataupun pesakit tidak tahan dengan prosedur hemodialysis.
Untuk kegagalan salur darah (venous access failure) berfungsi semula, ia bergantung pada penyebab kegagalan tersebut berlaku. Saya sarankan anda untuk berbincang balik dengan doktor pakar anda untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Disebabkan saya tidak pasti dengan keadaan bapa mertua anda, saya tidak boleh memberi kesimpulan yang lebih sempurna.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.