
Sulit
4 tahun
Diarrhea ketika hamil
Boleh ke saya mengambil pil chi kit tek aun pada usia kehamilan 18 minggu?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, tiada maklumat yang mencukupi bahawa ubat yang anda nyatakan adalah selamat digunakan untuk wanita hamil. Saya cadangkan anda untuk ke klinik untuk mendapatkan ubat yang lebih sesuai untuk wanita hamil. Pengambilan ubat yang salah boleh menyebabkan komplikasi kepada anda atau bayi anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.