
Sulit
4 tahun
Diarrhea pada 8tahun
Anak perempuan saya berumur 8tahun mengalami diarrhea sebanyak 4kali (12pm-4pm)… Saya berikn hidrasac 30mg pada 4pm dan kidsbiotic 1 sachet pada 9pm…2am dia diarrhea seki lg dan saya beri 1 lagi hidrasac… Anak saya tiada demam atau munth2… Adakah saya perluterus memberi hidrasac atau perlu ke klinik? Saya cuba elakkan ke klinik pada waktu covid begini… Adakaah sebarang nasihat diet utk anak saya semasa diarrhea? Terima kasih.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah cirit birit boleh disebabkan oleh:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor di klinik berhampiran untuk mengelakkan sebarang komplikasi dehidrasi yang lebih buruk. Anda tidak perlu risau untuk ke klinik kerana mereka yang bergejala seperti COVID-19 akan diasingkan terlebih dahulu di tempat lain dan tidak akan bercampur dengan pesakit luar. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.