
Sulit
2 tahun
Diarrhoea on off 4 hari tetapi tidak muntah
Saya wanita 20’an mengalami cirit birit sudah 4 hari. Saya hilang selera mkm dan turun berat badan. Saya berasa mual dan berangin tetapi tidak muntah. Badan turut merasa dehydrated dan menggigil bila bangin pagi daripada tidur. Adakah masalah ini serious? Sekiranya saya ke hospital swasta, adakah saya akan ditahan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- demam denggi - Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Memandangkan anda telah mengalami masalah ini selama 4 hari dan anda merasakan badan anda sudah kekurangan air, kami menyarankan anda untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. Kebiasaannya, hospital akan menahan anda diwad sekiranya mereka mendapati anda memiliki suhu yang tinggi, cirit-birit berdarah dan benar-benar kekurangan air. Walaubagamanapun, adalah amat penting bagi anda untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum hal ini memudaratkan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.