
Sulit
3 tahun
Dicharge dpd pusat kurantin pd pd 31.mei 2021..Boleh tak saya ambil.vaksin pd 13 Jun.2021
Saya makan ubat kencing manis dan ubat kolestral

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda ingin mengetahui bila anda boleh menerima vaksin COVID-19, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, bekas pesakit COVID-19 perlu menerima vaksin secepat mungkin selepas kuarantin menurut pakar.
Namun jika anda pernah dirawat dengan monoclonal antibody untuk jangkitan COVID-19, anda perlu menunggu 90 hari sebelum menerima vaksin. Jika anda kurang pasti dengan rawatan yang pernah diterima, anda boleh berhubung dengan doktor anda.
Jika anda mempunyai persoalan tentang masalah kesihatan, anda boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini