
Sulit
4 tahun
Digigit kucing perlu ambil vaksin rabies atau tidak
Anak saya digigit dan dicakar kucing tengahhari semalam. Cakar tak dalam ini hari kedua cakaran dah hampir tak nampak. Gigitan dua lubang macam suntikan. Lepas digigit terus cuci sabun dengan air dan saya bubuh krim dettol. Hari ini hari kedua pergi klinik ambil suntikan tetanus tapi gigitan dah 28 jam lalu. Antibiotik juga doktor beri mula hari ini. Kucing itu peliharaan jiran sekawasan tapi suka merayau tak pasti kalau pemilik ada vaksinkan. Kucing itu hari ini masih ada lalu di depan rumah nampak normal sahaja. Saya risau tentang risiko rabies. Perlukah bawa anak ke hospital untuk ambil vaksin rabies? Terima kasih doktor.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Sekiranya seseorang digigit atau dicakar oleh haiwan yang mungkin mempunyai rabies, atau jika haiwan tersebut menjilat luka terbuka, mereka harus segera mencuci sebarang gigitan dan cakaran selama 15 minit dengan air sabun, iodine povidone, atau serbuk pencuci. untuk mengurangkan jumlah zarah virus.
Kemudian mereka mesti mendapatkan bantuan perubatan dengan segera. Selepas terdedah dan sebelum gejala bermula, sejenis suntikan akan diberi yang bertindak menghalang virus daripada terus merebak.
Rawatan yang ada termasuklah:
- Pemberian dos “fast-acting bagi “rabies immune globulin” : Suntikan ini diberikan dekat dengan luka gigitan unutk mencegah virus daripada menjangkiti seseorang individu.
- Suntikan bersiri bagi vaksin rabies: Suntik bersiri ini akan diberi pada lengan dalam tempoh masa 2 hingga 4 minggu untuk melatih sistem imunisasi melawan virus apabila dijangkiti olehnya.
Pakar perubatan tidak dapat mengenal pasti sama ada haiwan yang menyerang mempunyai jangkitan rabies atau tidak. Sehubungan dengan itu, cara paling efektif adalah dengan memberi mangsa gigitan suntikan anti-rabies.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.