
Sulit
5 tahun
Dijangkit HPV,STD utk lelaki yg ada isteri dua
Doktor kalau kita ada isteri dua mudahkah kita dijangkiti penyakit sipilis hpv std dan sebagainya? Mudahkan kita dijangkiti? Lelaki hanya selalu bersama utk dua org wanita adakah mudah utk dijangkiti penyakit ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, faktor risiko untuk penyakit kelamin ialah seks rambang tanpa perlindungan. Sekiranya anda mempunyai isteri kedua, anda boleh melakukan ujian darah untuk penyakit kelamin. Anda juga boleh melakukan ujian ini serta isteri pertama anda. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan penyebaran penyakit kelamin daripada mana-mana pihak.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.