
Sulit
3 tahun
Dijangkiti covid-19 selepas 7 hari mendapatkan 2nd dose vaccine
Saya berumur 20 tahun dan telah mendapatkan 2nd dose vaccine pada 1/8/21 dan telah dijangkiti covid-19 pada 7/8 dari salah seorang ahli keluarga terdekat. Belum cukup 14 hari setelah mendapatkan 2nd dose vaccine, so adakah saya perlu mendapatkan 2nd dose vaccine semula kerana belum cukup 14 hari untuk badan menghasilkan antibodi? Sekian terima kasih.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, immunity akan dicapai selepas 7-14 hari selepas suntikan dos kedua vaksin. Memandangkan anda telah dijangkiti virus Covid-19, maka badan anda akan mempunyai antibodi untuk virus ini. Oleh itu, anda akan mempunyai imuniti terhadap virus tersebut. Anda tidak perlu mendapatkan dos kedua vaksin untuk kali kedua.
Sekiranya anda memerlukan nasihat lanjut, sila rujuk kepada doktor perubatan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini