
Sulit
5 tahun
Dijangkiti kuman Gonorhea
Sudah mengambil Antibiotik doxymycin selama 7 hari, tetapi tiada pengurangan terhadap cairan yang keluar dari kemaluan. Apakah langkah seterusnya. Perlukah saya mengambil suntikan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda perlu mengikuti nasihat doktor dan menghabiskan antibiotik tersebut. Anda perlu balik ke doktor rawatan anda untuk berbincang tentang gejala anda.
Anda dinasihati supaya tidak mengurangkan dos atau menukar kekerapan makan antibiotik sendiri. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.