
Sulit
4 tahun
Dimanakah saya boleh cari klinik untuk safety abortion area kuala lumpur
Kerana kami tidak menginginkan lagi anak buat masa ini atas sebab tidak kestabilan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keguguran kandungan ini adalah kesalahan dari segi undang-undang di Malaysia. Anda juga dinasihati supaya tidak mengambil ubat-ubatan atau mengunjungi individu yang tidak berlesen untuk menggugurkan anak. Ini adalah kerana kesihatan anda akan dijejaskan dan kesan sampingan akan berlaku yang mungkin boleh menyebabkan kematian. Anda boleh berbincang dengan seorang kaunselor ataupun dengan keluarga anda untuk mencari jalan penyelesaian bagi membesarkan anak anda.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.