
Sulit
3 tahun
Dinding rahim dan cyst
Hai doc.Saya wanita berusia 25 …Dan sudah berkahwin.sya baru sahaja mengetahui saya ada cyst dan dinding rahim saya tebal.Adakah benar jika ada cyst dan dinding rahim tebal menyebab kan tidak boleh hamil.?? dan menurut doc apakah ubat ubatan perlu saya ambil untuk kecutkn cyst dan ubat ubatan juga untuk dinding rahim saya yang tebal.?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda berkenaan gangguan kista dan penebalan dinding rahim, dan risikonya terhadap kehamilan. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya kista pada rahim yang disertai dengan penebalan dinding rahim yang luar biasa boleh menyebabkan pelbagai gangguan seperti
- sakit kronik pada kawasan pelvis
- menyukarkan proses kehamilan
- mengganggu fungsi ovari
Namun begitu, terdapat pelbagai jenis rawatan yang boleh dilakukan untuk mencegah risiko dan komplikasi yang serius. antaranya termasuk pengubatan dan pembedahan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Pegawai khidmat pelanggan kami juga akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.