Sulit
4 tahun
Disahkan mengandung tapi period
Hai doc. Sy disahkan mengandung oleh doktor dgn bacaan hcg 149.80. Tetapi, semalam sy mengalami keluar darah, dan darahnya seperti darah period. Masih berterusan sampai ke hari ini. Sy tidak mengalami sebarang sakit perut yg serius.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pendarahan ini boleh disebabkan oleh fenomena yang normal di mana darah yang lama dibuang daripada rahim selepas persenyawaan. Namun, demi keselamatan bayi anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor jika pendarahan masih tidak berhenti dan anda mengalami gejala seperti sakit perut kerana keguguran mungkin terjadi.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.