
Sulit
4 tahun
Disahkan molar pregnancy lepas keguguran
sy wanita 29 tahun baru melakukan dnc 16/10… tapi sepnjang tempoh sy mengandung slama 3 bulan tu sy xda simptom kluar darah atau sakit, cume ade spoting sahaja… itupun bila bersama suami selepas itu dh xda… jd sy prgi hospital untuk cucikan kandungan, slps diberi tempoh 2 minggu, dktor scan dan beritahu sy kandungan sy detect molar pregnancy, tp sy xde sakit apa2… ambik darah sume ok… slps cuci, dktor bgtau sy kandungan sy hnya keguguran biasa dan bukan molar, di beri tmpoh 2 minggu untk dtg lg, hari ini, 5/11 sy pergi appoinment, dktor bgtau, sy disah kan molar pregnancy disebbkan beta hcg sy tinggi smpai 3 lbh., dia ade scan kata rahim sy ok, cuma sebelah kiri ada cyst tp xmembimbangkan kerana saiz 2cm sahaja… dan diminta dtg blk mnggu dpn utk ambk drah hcg lg… selama 2 mnggu lepas dnc sy xda rasa sesak nafas atau pendarahan yg keluar teruk,cuma rasa sakit perut skit sebb sy dah aktive bekerja, malah darah behenti selepas 2 minggu…jadi leps dktor bgtau saya molar, sy balik beli upt test dan dapati negatif… persoalan saya sekarang betul ke sy di sahkan ada kanser dan perlu diambil darah seminggu sekali, ambil ubat dan kemo kalau hcg sy tinggi lg… sbb saya xda rasa sakit atau apa2 yg membuatkan dktor tu ckp sy kena molar… terima kasih dktor…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, molar pregnancy boleh berlaku kembali selepas sesi pembuangan yang dipanggil sebagai persistent gestational trophoblastic neoplasia (GTN). GTN boleh dirawat dengan kemoterapi.
Ujian darah perlu diambil sehingga HCG anda menjadi normal. Doktor anda boleh membuat ujian darah selama 6 bulan sehingga setahun untuk memastikan tiada sisa tisu molar selepas rawatan. Molar pregnancy juga boleh menjadi asymptomatic yang bermaksud anda tidak menunjukkan apa-apa symptom dan hanya diagnose melalui ultrasound dan ujian darah HCG.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.