
Sulit
4 tahun
Discaj Keputihan terlalu banyak.Ada ini masalah serious?
Saya wanita 24 tahun.Kegatalan terlalu banyak.pedih semasa basuh dengan air.kulit mengelupas luaran vagina.krim econaizane dan canestan pernah guna Tiada perubahan.untuk berhenti discaj ade ambil ubat masih sama Tiada perbezaan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah keputihan yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, kami memerlukan lebih banyak maklumat berkenaan keputihan yang anda sedang alami. Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang wanita boleh mendapat masalah keputihan seperti:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Bagi mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa kaedah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
- Elakkan daripada melakukan seks rambang tanpa perlindungan
Namun begitu, ini hanyalah pandangan dan keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.