
Saladin
6 tahun
Discaj Putih Sedikit Kuning
Saya selalu mendapati ada discaj berwarna putih sedikit kuning yang mengering dan berbau dari pakaian dalam isteri saya. Adakah itu normal?

6 tahun
Hai, salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Discaj atau keputihan adalah perkara biasa berlaku dalam kalangan wanita. Keputihan yang sedikit dan tidak berbau adalah normal. Namun begitu keputihan yang banyak, berbau atau berwarna lain adalah tidak normal. Ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Jangkitan kulat (kandidiasis)
- Bacterial vaginosis - bagi wanita yang sering menggunakan pencuci kelamin atau pewangi kelamin, ini boleh menyebabkan populasi bakteria faraj tidak seimbang dan menyebabkan simptom ini
- jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia, gonorea dan trichomonas
Oleh itu, saya sarankan agar isteri encik merujuk kepada doktor bagi memastikan punca masalah yang dinyatakan kerana maklumat lanjut, pemeriksaan dan ujian mungkin diperlukan. Anda boleh klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Sekian, harap membantu.
Terima kasih.