
Sulit
4 tahun
Dok,saya ade masalah ni
Td saya keluar naek motor sahaja pusing2 kawasan perumahan.saya perasan saya xcukup nafas dekat leher dengan dada.(mcm tersekat2)…saya ade sinus(sudah pun berwarna hijau pekat).pagi td dlm pokok 2pagi siku dua2 belah tangan saya sakit.tekak kering mulut kering.adakah itu masalah di jantung saya atau di paru2 saya?tapi saya tiada demam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan dan mengambil serius tentang masalah/gejala yang anda hadapi iaitu tidak cukup nafas ataupun kesukaran bernafas. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai penjelasan, secara amnya, seperti:
- Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah:
- asma
- jangkitan paru-paru akut (pneumonia)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah:
- kegagalan jantung
- serangan jantung
- kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
- Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah:
- kekurangan darah merah (anaemia)
- alahan
- resdung
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- kegemukan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti anda. Pemeriksaan menyuluruh diperlukan bagi memberikan penjelasan yang anda kehendaki.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.