
Sulit
5 tahun
Doktor jika saya seorang yang kerap minum minuman keras saya boleh hamil?
Saya ini seorang yang berkerja dia sebuah bar dan saya kerap minum minuman keras , jika saya selalu minum minuman keras saya boleh hamil ke ? Dan akan ada masalah pada ovulation saya ke ??

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, anda masih boleh hamil walaupun mempunyai tabiat minum minuman keras. Walaubagaimanapun, ianya tidak bagus untuk kesihatan anda serta bayi anda. Terdapat pelbagai kesan sampingan terhadap janin yang dikandungkan jika anda minum minuman keras semasa hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.