
daisysanden02
5 tahun
Doktor Kawan saya ada masalah Sakit dada tembus kebelakang susah nak bernafas umur dia 30 tahun
Kawan saya sakit dada dari semalam

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang pankreas (pankreatitis)
- Angina jantung
- COPD paru paru
- Jangkitan paru-paru
- Sakit gastrik
Gastrik dan sakit dada adalah berkait oleh sebab kedudukan perut yang dekat dengan bahagian dada. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor berdekatan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.