
afoz06
5 tahun
Dos tablet paracetamol untuk kanak-kanak
Berapa biji tablet paracetamol 500mg untuk anak berumur 7 tahun dengan berat 40.7kg?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anak anda yang perlu ditanyakan. Sebagai perawatan awal, anda boleh memberikan sebiji pil paracetamol 500mg. Namun, harus diingatkan bahawa demam biasanya disebabkan oleh jangkitan. Justeru anda harus merujuk anak ke doktor agar dapat diberikan ubat untuk membunuh organisma penyebab jangkitan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.