Sulit
3 tahun
Dos yang tepat folic acid
Salam sejahtera doc. Saya nak tanya, boleh ke kalau saya ambil folic asid 5mg setiap hari? Sebab saya ada baca dos 4mg dah mencukupi. Tq doctor
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Umumnya, masyarakat perlu tahu bahawa suplemen dan makanan tambahan hanyalah perangsang yang tidak boleh dijadikan alternatif kepada kaedah pengubatan kontemporari yang disediakan oleh pihak kesihatan di hospital dan klinik.
Tambahan lagi setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus, kerana setiap orang mempunyai keadaan & kondisi kesihatan yang berbeza.
Justeru, walaupun kajian mendapati bahawa folic acid mempunyai manfaatnya tersendiri, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung agar evaluasi yang lebih komprehensif dapat menentukan pelan kesihatan dan kadar _folic acid_y ang paling sesuai untuk anda amalkan.
Umumnya kadar yang disarankan untuk wanita hamil adalah 400 microgram sekali dalam satu hari, namun pemberian 5mg atau lebih biasanya diberikan kepada bayi yang mempunyai risiko tinggi menghidapai gangguan saraf atau penyakit seperti Neural Tube Defects.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.