Sulit
3 tahun
Double line kabur tapi smlm period bnyk darah
Slmt tghari. Sy ada kemuskilan. Sy semalam period hari ke 3. Senggugut kuat. Hrini hari ke 4 xde darah dah. Sje try upt. Positive. Double line tp kabur. Mcm mne ye. Sy pregnant atau pun tidak?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- ujian kehamilan rosak
- keguguran
- cara penggunaan yang salah
- ubat-ubatan seperti antihistamine
- jangkitan pada saluran kencing
- sista ovari
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.