
Sulit
3 tahun
Double pil perancang
Sy nak tanya apakah yg perlu dibuat jika terambil pil 2 kali dalam sehari. Means terlupa dah makan, n ambil lagi dalam hari yg sama selang beberapa jam. Boleh bantu jelaskan apa yg perlu sy buat, esoknya perlu makan lagi atau sambung makan lusa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda telah terambil 2 pil dalam sehari dan ingin mendapatkan pandangan tentangnya. Saya akan cuba memberikan maklumat yang diperlukan dengan baik.
Kami faham kemusykilan anda berkenaan hal yang dinyatakan di atas. Untuk maklumat anda, tiada masalah sekiranya anda terambil pil tambahan secara tidak sengaja. Anda boleh teruskan pengambilan seperti biasa keesokan harinya sekiranya anda dalam tempoh pengambilan pil. Sekiranya anda terambil pada waktu rehat, anda boleh teruskan rehat selama tujuh hari dan sambung semula pada hari kelapan. Anda juga boleh mulakan dengan pek pil yang baru untuk memudahkan kiraan hari pengambilan pil.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu, sekiranya anda ingin berbincang mengenainya dengan lebih lanjut, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.