
faeezaltulhamud
6 tahun
Dubur berdarah dalam masa seminggu
saya berumur 26tahun dan seorang pelajar… Dr. saya ingin bertnya, saya mula perasan perubahan pda saya apabila membuang air besar sejak seminggu lepas, pada bhgian dubur saya akn terasa pedih. Pada awalnya saya berfikir kerana saya terlebih makan mkanan masam(mangga) tetapi pada hari ini, terdapat darah pda najis saya dan terasa pedih ketika membuang… Dan saya ada memeriksa dubur saya, terdapat darah pda dubur saya dan terasa pedih selepas membuang air besar… terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini,.Antaranya ialah:
- Buasir: Buasir juga dikenali dengan nama ‘haemorrhoids’. Buasir berlaku apabila terdapat luka pada bahagian lubang dubur atau anus.Sakit jantung
Ini berlaku apabila otot jantung menjadi rosak disebabkan oleh kekurangan oksigen.
- Divertikulum/”diverticular disease”: Masalah divertikulum ini wujud apabila terdapat lubang atau poket pada usus besar kita
- Kanser usus/”colorectal cancer” . Dengar sahaja perkataan kanser atau barah ianya akan membimbangkan seseorang itu kerana seperti yang ramai ketahui, kanser sukar diubati
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih