
nurfarzanah011
4 tahun
Dubur terdapat lapisan yg koyak,n pedih ketika buang air besar
Saya remaja perempuan berusia 19 tahun, setiap minum teh o halia dalam 2 minggu lepas Saya mengalami pembuangan najis yang cirit, (bukan cirit-birit) namun selepas Hari itu hingga kini Saya mengalami lubang dudur yang pedih ketika buang air besar, selama 2 minggu Dan baru Saya check Saya mengalami Luka dn kesan terkoyak pada dudur Saya, didalam dan di permukaan dubur.? Mengapa is berlaku Dan Cara mengubatnya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Koyak akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Rectal ulser
- Kanser usus
- Trauma kepada dubur
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.