
Sulit
3 tahun
Dudaoati mengandung selepas ambil vaksin sinovac
Pada 28.5.2021 saya telah terima vaksin sinovac dos 1 dan dos 2 dijangka pada 18.6.2021.Pada 13.6.2021 saya telah buat ujian ultrasound sbb period telah lambat. Didapati saya telah mengandung dan tidak dpt dipastikan berapa minggu kerana masih baru. Soalan saya, sekiranya semasa dos 1 saya telah mengandung, adakah vaksin tersebut memberi kesan kepada perkembangan janin.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana meghubungi kami
Berdasarkan kenyataan anda, anda ingin mengetahui terkait penerimaan vaksin Sinovac dan kehamilan. Kami akan cuba menjelaskan kepada anda.
Menurut KKM dan JKJAV, vaksin Sinovac dikategorikan sebagai tidak sesuai untuk diberikan kepada wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak bayi.
Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya anda melapor ke hospital atau hubungi talian khidmat JKJAV dengan kadar segera untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kondisi anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini