
Sulit
3 tahun
Dulu pernah pakai condom sbb takut lekat .. sekarang dah tak pakai .. tapi masih belum lekat baby .. adakah awalan penggunaan condom menybbkan sukar hamil?
Salam sejahtera … saya nak tanya Dr , awalan perkahwinan menggunakan condom menybbkan perempuan sukar hamil ? Betul ke walaupun dah takpakai sekarang masih belum lekat …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, condom tidak mengandungi sebarang perubatan atau hormon, penggunaan condom tidak menyebabkan kesan sukar hamil. Sekiranya anda hadapi masalah kehamilan, ia mungkin disebabkan oleh beberapa perkara lain, contohnya:
- Masalah proses ovulasi
- Ketidakseimbangan hormon
- Masalah penghubungan suami isteri
- Penyakit pada kemaluan (lelaki atau perempuan)
- Masalah sperma (jumlah, kualiti dan kesihatan)
- Penggunaan cara perancang lain
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).