
fazlyanamukhtar
5 tahun
Duphaston (period tak teratur)
Sy wanita berusia 24 tahun dan baru 4 bln berkahwin. Tapi dari dulu sy ada period tak teratur. Kadang2 3-5 bulan tk dtg2. Baru2 ini sy ke gynae dan dr memberi sy folic acid dan duphaston. Sy ingin bertanya apakah fungsi duphaston ini utk sy? Adakah period yg keluar nnti ialah darah haid atau hanya withdraw bleeding? Apakah perbezaannya? Dan jikalau darah sudah keluar ada sy patut teruskan makan atau tunggu darah berhenti?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Ubat duphaston merupakan sebuah ubat yang mengandungi hormon progesteron .
Ubat ini juga dapat membantu memastikan kitaran haid akan kembali menjadi sekata iaitu pada setiap bulan . Hal ini kerana dengan bantuan horomon progesteron tersebut ianya akan membantu mengesyorkan pendarahan berlaku pada setiap bulan serta memastikan juga pendarahan tidak terlalu banyak.
Cara untuk mengambil ubat ini haruslah mengikut apa yang disyorkan oleh doktor yang merawat anda. Hal ini kerana beliau lebih mengetahui tahap kesihatan anda.
Jika anda masih mempunyai sebarang keraguan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.