
Sulit
3 tahun
Echogenic Focus pada 22 minggu kehamilan
Saya seorang wanita berumur 26 tahun dan sedang mengandung anak pertama. Baru-baru ini saya telah melakukan detail scan pada kandungan berusia 22 minggu. Hasil daripada scan tersebut menunjukkan bayi saya lelaki dan semuanya sempurna tetapi pakar scan telah menemui satu titik bright spot pada jantung anak saya dan dia menjelaskan itu adalah echogenic focus. Dia menyuruh saya refer pada pakar dan mengatakan tak perlu bimbang sebab tanda itu akan hilang biasanya akan hilang semasa trimester ketiga. Saya telah google mengenai perkara ini dan hasilnya sedikit sebanyak meruntuhkan hati saya. Boleh doktor berikan saya info yang lebih jelas mengenainya? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, echogenic focus bukan tanda penyakit, tetapi adalah tanda biasa nampak dalam jantung bayi yang sedang berkembang, biasanya dalam trimester 2. Tanda ini amat umum, dapat nampak dalam satu daripada lima bayi, ia akan hilang semasa trimester 3, ataupun setelah jantung bayi berkembang sepenuhnya.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).