Sulit
3 tahun
Eczema bayi bila minum susu
Salam doctor. Anak saya mengalami eczema. Susu apa yg sesuai dgn bayi eczema. Skrg dia minum dutch lady, tp badan dia naik rashes. Pernah cuba susu kambing aarrayyan, tp perut dia tktahan dan sembelit. Mtk pandangan doctor. Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Berkenaan dengan soalan yang anda diajukan , maklumat yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan seperti masalah kesihatan yang lain untuk anak anda, berat dan sebagainya sebelum doktor dapat mencadangkan jenis susu yang sesuai bagi anak anda.
Oleh itu, disarankan untuk anda membawa anak anda berjumpa dengan doktor dan dapatkan pemeriksaan lanjut serta pandangannya mengenai susu yang sesuai untuk anak anda.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih