
Sulit
4 tahun
Eczema cucuk streoid
Saya wanita berusia 34thn mengalami ekzema di kaki… on off… semalam saya pergi klinik swasta… doc suggest cucuk streoid sbb dah truk n gatal kedua2 belah kaki… kebetulan saya baru datang haid hari ke2… hari pertama agak banyak… semalam lepas g klinik kering… hari ni hari ke3 pun tiada darah di pad… cucuk di punggung. Adakah sebab streoid tu darah haid saya kering

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pendarahan haid untuk kebanyakkan wanita berlaku dalam masa 3-5 hari. Namun pendarahan yang berlaku dalam masa 2-7 hari juga dikira normal.
Suntikan steroid boleh menyebabkan perubahan pada kitaran haid untuk sementara waktu sahaja. Penggunaan steroid pada jangka masa yang lama boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kitaran haid tidak teratur, haid berpanjangan atau berlebihan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.