Sulit
5 tahun
Eczema , merah tompok
Adult 18, eczema tidak gatal , selama 1 bulan , guna neo cream tidak baik . Allertoin Cream apa kegunaan ? Mempunya bahan apa ? Eczema sesuai diguna ? sesuai guna masa pajang ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk makluman ada, kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut untuk mengetahui masalah kulit yang anda sedang alami.
Berdasarkan kenyataan anda di ruangan soalan, terdapat beberapa sebab mengapa anda boleh mendapat tompok merah pada bahagian kulit:
- Eksema
- Dermatitis
- Psoriasis
- Kandidiasis
- Skabies
Ini hanyalah pandangan kami secara am. Anda perlu berjumpa dengan doktor kulit untuk mengetahui punca sebenar dan mendapatkan rawatan yang sesuai.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk menjawab persoalan anda, krim Allertoin digunakan untuk merawat penyakit psoriasis. Untuk eksema pula anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan untuk penyakit tersebut.
Anda juga boleh lakukan langkah-langkah ini untuk mengurangkan gejala eksema anda:
- Memakai pelembap kulit
- Pastikan kawasan persekitaran anda bersih daripada debu dan hama
- Elakkan dari berpeluh dengan terlalu banyak
- Elakkan dari menggaru kawasan yang gatal
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.


































