
Anonymous
5 tahun
Eczema yang semakin teruk
saya berumur 22tahun dan mempunyai masalah eczema sejak kecil. kebelakangan ini,eczema saya makin menjadi hingga ia merebak ke sekitar belakang badan saya dan mula menunjukkan kemerahan di belakang leher dan juga di kulit kepala. jadi ubat apa yang paling berkesan untuk saya kurangkan merah-merah itu ya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah gatal - gatal yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- reaksi alergi
- eczema
- rosacea
- folliculitis
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih