
Sulit
3 tahun
Effect Kayu Secang/Sepang padahal Bayi
Saya mempunyai anak berumur 11 bulan. Kerana bekerja, anak saya dijaga oleh kedua ibu bapa saya. Setiap pagi bapa saya akan mandikan anak saya dengan air kayu sepang/secang. Katanya mempunyai khasiat. Saya ingin pendapat doktor mengenai khasiatnya. Sebab anak saya mempunyai eczema dan kami dinasihatkan untuk mandikan anak dengan sabun yang tertentu. Namun bapa saya tidak mahu mengikut nasihat yang diberikan. Harap pendapat dari pakar jika anak saya boleh terus dimandikan dengan air sepang/secang tersebut.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Adalah benar mengikut kajian kayu secang memang mempunyai banyak faedah.
Namun demikian ,tidak boleh dipastikan jikalau kondisi kulit bayi anda yang terlalu sensitif akan bertambah baik dengan menggunakan kaedah ini
Rawatan yang diberikan kepada anak anda adalah rawatan yang dikaji terbaik untuk menangani kondisi kulit anda.
Petua traditional mungkin boleh membantu,namun anda disarankan untuk menggunakan rawatan yang diberikan oleh doktor untuk menangani masalah ini dengan cara terbaik untuk mendapat keputusan yang memuaskan.
Anda boleh bercakap dengan pakar kulit melalui atas talian untuk maklumat lanjut.
Kami harap jawapan ini membantu.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!