
tarmizi.alis83
5 tahun
Ekzima di kelopak mata
anak saya berumur 8 tahun.mengalami gatal2 atau fungus @ ekzima dikelopak mata kiri bersaiz kapas telinga sejak setahun lepas.Pelbagai ubat krim telah di gunakan atas nasihat klinik…pulih hanya 3 ke seminggu dan gatal semula…saya telah membawa berjumpa pakar mata…namun kata dr mata dalam keadaan baik cuma merah kerana digaru sebab gatal2…soalan saya adakah ia sejenis sakit kulit atau sakit mata.dan pakar mana yg harus saya jumpa…samaada pakar mata semula atau kulit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, bagi masalah ekzema biasanya dirawat oleh pakar kulit walaupun ia berada pada kulit sekitar mata. Anda boleh merujuk pada mana-mana pakar kulit bagi mendapatkan nasihat dan rawatan tentang perkara ini.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.