Sulit
3 tahun
Elok ke kandungan Supplement shaklee, adakah lebih baik makan supplement atau tidak mengambil apa2supplement
Hi dr, sya ada baca tntg kebaikan produk shaklee. Sya rsa ingin mencuba produk yg berkaitan untk mengurang kn rabun saya. Dr rsa ptut ke sya mncuba produk itu sbb sya bimbang juga tkut ade keburukan klu mkn supplement ni.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala rabun boleh disebabkan faktor kekeluargaan mahupun ketidakseimbangan sewaktu tumbesaran yang mengakibatkan saiz bola mata atau kornea tidak selaras dengan tumpuan cahaya ke retina.
Untuk makluman pihak anda, kami kurang pasti tentang ubat farmasi yang anda nyatakan. Tetapi, nasihat saya kepada pihak anda agar berbincang dahulu dengan doktor sebelum anda mengambil sebarang supplement atau ubatan lain tanpa nasihat doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.