Sulit
4 tahun
Emosi,tekanan perasaan
saya wanita berumur 29 tahun, dan beberapa tahun lepas saya mengalami tekanan dari sebelum berkahwin dengan pasangan dan selepas berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 8 bulan,tekanan yang sy alami menjadi kan sy skrg cepat marah,tekanan darah kdg naik hingga 140/89,dan kdg sy akan overthinking serta menangis benda yg kecil.ada satu masa sy ada kena panic attack,sy tak tahu adakah effect ni disebab kan depression or lain .bantu saya dr …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui kenyataan yang diberikan, anda mempunyai masalah tekanan perasaan dan emosi yang kurang stabil. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Perubahan hormon
Namun gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Anxiety
- Kemurungan
- Skizofrenia
- Penyakit bipolar serta psikosis
- Penyakit kemurungan serta psikosis
Oleh kerana gejala yang anda hadapi berkait dengan mental dan psikologi anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar psikiatri



























