
Sulit
3 tahun
Emosi terganggu, dan takut untuk menghadapi harian
saya remaja perempuan 16 thun, sejak 2 3 bulan ni, emosi saya selalu terganggu, ada masa nak nangis, ada masa happy,selain itu juga saya tak sukakan bunyi bising walaupun suara orang berborak, saya juga mengalami kesukaran untuk tidur, oh ya lagi 2 minggu saya akan memasuki sekolah, saya takut untuk berjumpa dengan rakan rakan saya di sekolah, kerana saya rasa mereka semua seperti dinasour, jadi masalah ni juga membuatkan saya jadi lagi takut dan membuatkan fikiran saya terganggu, jadi saya mahu minta pendapat dari doctor, apa yang saya perlu buat untuk menghadapi semua ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Menurut keterangan anda, kami memahami anda sedang mengalami masalah berkaitan dengan emosi anda yang terganggu dan kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gangguan emosi adalah sesuatu perkara yang kerap dipandang ringan tetapi sebenarnya ia agak serius dan perlu ditangani dengan kadar segera. Masalah emosi yang tidak dirawat boleh membahayakan diri anda. Masalah berkaitan emosi ini boleh berpunca daripada masalah kesihatan ataupun masalah kesihatan mental. Antaranya :
- Stres
- Kekurangan vitamin dalam badan
- Masalah tiroid
- Masalah kemurungan postpartum
- Masalah keresahan
- Bipolar mood disorder
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor ataupun doktor pakar kita atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.