
Sulit
4 tahun
Emosi terganggu semasa haid
Saya wanita berusia 22 tahun.Setiap bulan sebelum saya haid seperti akhir bulan 25 hari bulan emosi saya sering terganggu.Saya sentiasa marah,dingin,sakit kepala,tak ada selera makan.Adakah keadaan saya ini normal sebagai seorang wanita ketika fasa datang bulan ini??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soaaln yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah gangguan emosi dan perubahan emosi yang drastik merupakan salah satu simptom kedatangan haid yang biasa berlaku pada segolongan wanita.
Ia disebabkan oleh aliran hormon wanita iaitu estrogen yang boleh mempengaruhi emosi seseoran wanita secara langsung, ataupun ia juga boleh dipengaruhi oleh simptom-simptom kedatangan haid yang tidak selesa, sehingga boleh menyebabkan seseorang itu cepat marah.
Perasaan sakit kepala dan tidak selera makan juga merupakan salah satu simptom kedatangan haid yang biasa berlaku oleh kaum wanita.
Oleh itu, kami sarankan anda mencuba yang berikut untuk melegakan gejala-gejala yang berlaku ketika haid iaitu:
- Memakan makanan yang seimbang dan berkhasiat.
- Kurangkan stress. Luangkan masa dengan orang yang tersayang
- Amalkan senaman yang seimbang
- Cukupkan rehat dan tidur.
- Gunakan pek ais pada kepala sekiranya sakit kepala
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.