
Sulit
4 tahun
Emosi tidak stabil asingkan diri dari orang sekeliling
Saya seorang student yang berumur 24tahun,sepanjang pkp ni saya tinggal bersama family.selama almost sebulan pkp ni emosi saya ok je,tp 3 hari lepas tiba-tiba saya rasa sedih tanpa sebab yg membuatkan saya tak mahu bercakap dengan siapa-siapa termasuk family sendiri. Saya asing kan diri dari rakan-rakan saya .makin hari makin kurang rasa tu tp still tak ade kekuatan untuk bercakap dengan orang lagi.addakah ini normal atau something is wrong with me and i need help?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kemurungan
- tertekan/ tekanan emosi
- masalah hormon tiroid yang rendah
- sindrom premenstrual
- kurang sel darah merah
Pertama sekali tahniah kerana anda mendapatkan bantuan doktor bagi menyelesaikan masalah anda dan tidak memendam masalah tersebut sendirian. Anda disarankan untuk mendapatkan konsultasi bagi mengecualikan masalah kesihatan fizikal. Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.