
Sulit
4 tahun
Emosi tidak teratur
Hai saya wanita berumur 21 tahun. Saya seorang pelajar degree, kebelakangan ini saya rasa cepat marah dan annoying bila terdengar bunyi bising ketika saya cuba hendak tidur. Adakah hal ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Stres, marah dan perasaan annoying adalah normal dalam setiap orang. Namun begitu, keadaan tersebut boleh menjadi tidak normal sekiranya ia mengganggu fikiran dan fungsi harian seseorang. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Mengalami stres dan tekanan emosi
- Badan dan minda yang penat
- Kemurungan atau depression
- Keresahan dan kegelisahan atau anxiety
Ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Sekiranya perkara tersebut mengganggu anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor atau pakar psikologi untuk membantu anda menangani masalah tersebut.
Jika anda mempunyai persoalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.