babysighh

2 tahun

Emosi yang sangat teruk kerana tidak boleh survive di tempat sendiri

Salam Sejahtera Dr. Saya merupakan seorang pelajar degree yg sedang menghabiskan pengajian saya secara virtual di rumah. Ketika zaman di sekolah dulu saya mengalami trauma kerana sering dibuli mental oleh kawan kawan. Setiap hari saya ke sekolah dan menangis. Saya sering dipulaukan kawan kawan sehingga mengalami kemurungan dan takut untuk keluar dari rumah. Saya juga mengalami penurunan berat badan yg mendadak dan tidak sedar langsung mengenai lost weight tersebut. Masalah itu saya simpan sendiri kerana parents saya anggap apa yg terjadi atas salah saya dan literally menyalahkan diri sendiri kerana parents pun turut berpihak kepada kawan kawan. Saya juga kehilangan kawan baik kerana dikutuk miskin dan sebagainya. Saya merasakan tidak boleh untuk meneruskan belajar dan tidak fokus kerana mereka bertindak menyakiti mental saya dengan sangat teruk dengan kutukan kutukan dan juga sindiran mengenai keadaan keluarga dan fizikal saya yg agak gemuk ketika itu. Saya tidak lagi boleh bergelak ketawa kerna kehilangan kawan kawan hanya kerana keluarga saya miskin. Kawan baik saya juga turut memihak kepada mereka kerana mereka berkumpulan. Sejak dari itu saya bertindak sorang sorang dan belajar untuk survive seorang diri. Menyedari keadaan saya yg sangat teruk itu, Ibu saya bertindak menukarkan saya ke sekolah asrama yg jauh dari rumah. Di sana saya mendapat kawan kawan yg sangat baik. Circle yang sangat positif sehingga saya dapat melupakan apa yg terjadi dan boleh mencapai keputusan yg baik sehingga mampu masuk ke salah satu Universiti yg terbaik di Malaysia. Pengalaman itu juga telah jadikan saya kuat untuk menemppuh segala benda yang baru dan berhadapan dengan orang. Sehingga kini saya tidak mempunyai masalah untuk bersosial mahupun bercakap di khalayak ramai. Tetapi, Saya mempunyai tabiat pelik iaitu saya tidak suka duduk di rumah kerana bagi saya rumah bukan tempat saya dan saya tidak boleh menjadi diri sendiri. Saya akan mengalami kemurungan dan merasakan sangat teruk dan bersedih apabila pulang ke rumah saya dan akan banyak menyendiri menangis dan juga moody. Saya juga takut untuk keluar ke sekitar kawasan tempat tinggal saya kerana bagi saya kawasan ni adalah sangat asing dan bukan tempat saya. Saya jarang keluar kerana rasa insecure yg sangat teruk dengan diri sendiri. Sekiranya saya stay jauh dari rumah saya boleh survive dan tidak kisah langsung untuk pergi ke mana mana seolah olah mendapat kebebasan tanpa diperhatikan orang lain tanpa dikutuk oleh orang lain. Saya merasa seolah itu tempat saya. Saya boleh menjadi diri sendiri dan tidak perlu takut dengan orang lain. Apabila berada di rumah, keadaan menjadi lain. Saya akan sering mengalami kerisauan sepertimana saya alami ketika zaman sekolah berdekatan dengan rumah dulu. Sekarang saya terpaksa menghadapinya lagi sekali kerana saya belajar online dari rumah. Adik adik saya juga turut mengutuk saya kerana saya tidak suka keluar di sekitar kawasan saya sendiri. Saya rasa sangat murung dan sangat marah tanpa sebab yg munasabah. Dah banyak kali saya mengamuk dan marah marah tanpa sebab dan alasan yg kukuh. Saya juga banyak merasakan diri saya sangat menyedihkan sehingga berfikiran saya patut matikerana keadaan saya yg sangat mneyedihkan tiada seperti tiada kawan kawan di kawasan ni seperti adik adik saya dan saya tidak merasakan kebebasan sepertimana saya rasa ketika berada jauh dari rumah. Saya takut dan sangat takut kalau ada yg memerhatikan saya ada yg mengutuk saya dan sebagainya sekiranya saya jumpa orang yg dikenali ketika dulu. Perasaan saya juga mengatakan yg family saya sendiri tidak suka kan saya kerana saya sering insecure dan overthinking. Saya tidak seperti adik beradik lain yg keluar tidak perlu berteman tidak perlu takut dengan apa apa dan tidka insecure. Saya rasa sangat tidak berani untuk survive di kawasan saya sendiri. Dah banyak kali juga saya mendengar kutukan dari adik beradik saya sendiri dan saya mengamuk dengan mencederakan diri sendiri sehingga rasa puas hati. Tetapi mereka menafikan bahawa mereka tak cakap langsung mengenai saya. Saya berani bersumpah kerana saya memang dengar mereka mengutuk saya. Saya juga sering pukul diri sendiri sekiranya mood saya tidak baik. Jari saya juga pernah menggeletar dan tidak boleh genggam sekiranya saya sangat sedih dan menangis serta banyak menyalahkan diri sendiri kerana merasakan diri sangat tidak berguna untuk keluarga saya apabila saya pulang ke rumah dan duduk di rumah dalam jangka waktu yg lama.

Dr Ramzdhan,

2 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas keterangan dan soalan yang ditujukan.

Kami faham masalah yang anda hadapi. Kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai keadaan yang anda alami kerana ia berkaitan dengan masalah mental dan psikologi. Terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan, seperti:

  • Stres berlebihan
  • Kemurungan
  • Kurang rehat
  • Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
  • Skizofrenia
  • Masalah skizoafektif atau skizofrenifiorm
  • Penyakit bipolar serta psikosis
  • Penyakit kemurungan serta psikosis

Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor pakar psikiatri atau psikologi segera untuk diperiksa dengan lebih lanjut. Anda tidak perlu risau kerana keadaan ini boleh dirawat dan dikawal sekiranya anda patuh kepada arahan doktor yang merawat anda. Untuk mengetahui anda mengalami kemurungan atau tidak, persoalan lanjut perlu ditanya kepada anda.

Saya sangat menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:

  • cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
  • jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
  • jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
  • mendapat rehat / tidur yang secukupnya
  • jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
  • minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
  • percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan

Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri anda ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 .

Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.

depression4

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)