
Sulit
4 tahun
Endometrioma cyst, medicine : visanne 2mg
Hi doc. Sy 26tahun, last month sy ada buat scan, dan dapati sy ada endometrioma cyst di both ovaries. Tapi after a month consume ubat, sy tak period dan hanya ada lendir coklat dan lendir ni hanya keluar bila sy active, contohnya bila buat extra kerja dan sebahagainya. Dah 14hari, lendir ni masih keluar jika sy active. Adakah ada kaitan dgn ubat yang sy consume? Dan kenapa, timbul lebam lebam di bahagian kaki dan tangan sy, adakah berkait juga dgn ubat? Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Memandangkan anda telah pun memeriksa dan cyst di kedua-dua ovari, ia sendiri boleh menyebabkan masalah spotting. Saya tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut tentang kaitan antara lebam dan lendir tersebut dengan ubat yang anda telah ambil kerana tidak mengetahui ubat apa yang anda ambil. Jika ia pil hormon, ia boleh menyebabkan gejala spotting tersebut.
Bagi info lanjut, Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.