
Anonymous
5 tahun
Endometriosis yang saya hadapi
Saya baru sahaja scan dan d diagnos endometriosis. . sy nak tnya kalau saya boleh pregnang secara natural? Mcm org normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Endometriosis ialah keadaan di mana tisu endometrium kadang kala tumbuh di luar rahim, biasanya dalam organ-organ pembiakan (ovari, tiub fallopian)
Endometriosis boleh menyebabkan tiub fallopian tersumbat dan boleh merosakkan ovari. Ia dikatakan adalah punca bagi ketidaksuburan dalam 3 peratus pasangan.
Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan walaupun endometriosis anda teruk, anda masih mempunyai peluang untuk hamil secara natural – ini bergantung kepada bagaimana penyakit itu telah menjejaskan organ-organ pembiakan anda.
Saya cadangkan untuk anda berjumpa dengan doktor yang merawat anda untuk pemeriksaan dan pertanyaan lanjut. Hal ini kerana, beliau lebih mengetahui tentang keadaan kesihatan anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.