
nadhiahharmain
5 tahun
ENO & gaviscon ketika pregnant
Hi doctor. Utk pregnant woman, if mengalami masalah pedih ulu hati disebabkan makan makanan pedas, boleh ke ambil ENO or gaviscon?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ENO dan Gaviscon biasanya digunakan untuk merawat masalah:
- heartburn
- indigestion
Ubat Gaviscon melegakan pedih ulu hati dan masalah pencernaan asid (juga dikenali sebagai dispepsia). Gaviscon boleh diambil oleh wanita yang hamil mahupun yang menyusukan.
Eno berfungsi untuk melegakan senak & gas perut. Bagi Eno, tiada data klinikal mengenai kehamilan boleh didapati. Kajian haiwan pada setiap bahan aktif tidak menunjukkan kesan berbahaya samaada secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan kehamilan, perkembangan janin, atau perkembangan postnatal.
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCall) atau link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih