
Sulit
4 tahun
Enquiring on vaccine
Saya berumur 24 tahun dan menghidap penyakit Diabetes Insipidus dan ada mengambil ubat minirin tablet. Saya telah daftar vaccine astrazeneca pada 12 hb ni. Ada sebarang masalah tak kalau saya mengambil vaccine tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkanpersoalan yang diberikan oleh anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda akan mempunyai masalah ataupun tidak berdasarkan soalan sahaja kerana pemeriksaan lanjut perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh itu, kami galakkan anda untuk pergi ke klinik yang berhampiran untuk membuat pemeriksaan penuh.
Selain itu, secara amnya, vaksin COVID-19 boleh diambil oleh setiap individu kecuali golongan yang disebutkan di bawah:
- Mempunyai alahan terhadap mana-mana vaksin
- Mempunyai alahan terhadap bahan yang digunakan di dalam vaksin
- Golongan ibu mengandung
- Golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah dan tidak dapat mengambil vaksin
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut atau memerlukan pandangan kedua, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini