
Sulit
3 tahun
Enzim baby 20hari tinggi dan ape yang perlu saya buat untuk kurangkan enzim baby dan adakah bahaya?
Anak saya mengalami kuning , kini hari ke 20 dan selepas membuat pemeriksaan darah GGT, kandungan GGT baby 240 adakah bahaya dan itu bermaksud ape ? Apakah langkah-langkah yang boleh saya buat untuk pulihkan keadaan baby?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda bertanyakan tentang bacaan kuning bayi yang berusia 20 hari. Kami akan cuba membantu.
Untuk makluman puan, masalah kuning adalah perkara yang baisa dialami oleh bayi yang baru lahir. Pemeriksaan darah perlulah disertai dengan interpretasi doktor yang merawat beserta pemeriksaan terhadap anak anda. Selepas itu, doktor akan membuat keputusan sama ada bayi dibenarkan pulang atau perlu dimasukkan ke wad untuk terapi.
Oleh itu, anda perlu merujuk perkara ini kepada klinik yang melakukan ujian darah untuk anak anda agar penerangan mengenai tahap kesihatan anak anda boleh diberikan.
Kami berharap jawapan ini membantu anda
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.