
Sulit
5 tahun
Erectional disfunction
Saya mengalami erect yg baik pada permulaan tetapi xlama penis jadi xerrct. Perlu kah saya consume medicine?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah mati pucuk atau “erectile dysfunction” boleh disebabkan oleh:
Masalah psikologi
Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung
Diabetes
Obesiti
Kolesterol tinggi
Darah tinggi
Anda boleh mengamalkan langkah-langkah berikut untuk gejala yang anda hadapi:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mendapatkan preskripsi ubat bagi masalah yang anda alami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.