
Sulit
3 tahun
Ex patient hepatitis c boleh ambil vaksin covid?
Saya dah tamat sesi klinik pakar hep c pada dec 2020, dan disahkan bebas dari hep c. Adakah saya boleh menerima vaksin covid 19.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang telah diajukan
Melalui keterangan yang diberikan, anda pernah mengalami hepatitis C dan ingin mengetahui jika anda boleh menerima vaksin COVID-19. Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ini dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, anda digalakkan untuk mengambil vaksin COVID-19. Vaksin juga tersebut selamat digunakan dan tiada larangan untuk seorang individu yang pernah mengalami hepatitis C untuk mendapatkan vaksin.
Namun, tanpa perlindungan daripada vaksin, anda berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi yang serius jika dijangkiti COVID-19
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini